Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil menegur sikap tidak bertanggungjawab seorang individu yang mempersoalkan warna giginya.
Kata Faradhiya atau nama lengkapnya, Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, individu berkenaan bertanyakan soalan tersebut menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Bagaimanapun, enggan isu tersebut terus dibangkitkan, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu tampil menjelaskan mengenai persoalan tersebut.
Jelasnya, warna giginya itu adalah warna semula jadi yang diwarisi daripada keturunan, sekali gus menegaskan dia tidak berminat untuk melakukan prosedur ‘veneers’ kerana merasakan tiada apa yang perlu diubah atau disembunyikan.
“Ada hamba Allah sorang ni commented on my IG, dia tanya ‘kenapa gigi sis kuning?’ And this was my answer … ‘Gigi saya original bukan fake, memang keturunan warna tak berapa putih. Saya tak berminat nak buat veneers because I have nothing to hide,” katanya.


Tidak habis disitu, Farahdhiya meluahkan rasa syukur dengan apa yang dimilikinya. Namun, menegur tindakan individu berkenaan yang disifatkan suka menyibuk dengan mencari kesalahan orang lain.
“Saya bersyukur dengan apa yang ada.
“Saya ingat bulan-bulan puasa ni syaitan semua kena ikat, mungkin syaitan-syaitan yang kurang ganas dan lebih kecil masih ada lagi kot? Seperti awak sibuk mencari kesalahan orang lain. Heal and get a life pls?,” jelasnya.






