Pelakon Azar Azmi tampil menjelaskan sebab disebalik keputusannya memperlahankan kariernya dalam dunia seni ketika dia berada di puncak populariti.
Menerusi satu podcast, Azar berkata keputusan itu dibuat kerana menghormati permintaan mentua selepas mendirikan rumah tangga.
BACA: Azar Azmi Syukur Mula Terima Tawaran Berlakon
“Saya menghormati keputusan mentua. Ya, saya sayangkan karier sebab sudah membinanya sekian lama. Pada ketika itu saya pun berada di satu titik yang tinggi dengan usaha yang saya buat,” katanya.
Sementara itu, Azar berkata apabila bergelar isteri dia pelru hormat pada mentua serta suami dan rela untuk ketepikan kariernya.
“Tapi bila sudah berumah tangga, saya perlu hormati orang yang lebih tua dan ketua keluarga saya.
“Jadi, tinggi dan pandai macam mana pun, pada akhirnya sebagai seorang isteri, tetap kena hormat. Senang cerita, saya tak nak derhaka dan mendengar kata. Mendengar kata mentua,” katanya.






