Tak perlu istiqamah dengan PAS, tiada dosa & pahala jika keluar parti – Khairuddin

Tak perlu istiqamah dengan PAS, tiada dosa & pahala jika keluar parti – Khairuddin


Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa ketidaksetujuan terhadap pendirian PAS tidak membawa maksud seseorang itu turut menolak Islam.

Beliau yang kini Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO berkata, meninggalkan perjuangan PAS yang berasaskan Islam juga tidak bererti meninggalkan perjuangan Islam secara keseluruhan.

Menurutnya, perjuangan Islam boleh diteruskan dengan pelbagai pendekatan dan tidak semestinya selari dengan kaedah yang dibawa PAS.

“Tidak istiqamah dengan PAS tidak bererti tidak istiqamah dengan Islam.
“Mengehadkan istiqamah hanya dengan PAS adalah ‘mencuri’ istilah ‘istiqamah’ yang sepatutnya untuk Islam sahaja. PAS adalah sebahagian daripada umat Islam yang berpegang dengan Islam dan PAS bukan satu-satunya yang berpegang dengan Islam,” katanya menerusi laman Facebook.

Tak perlu istiqamah dengan PAS

Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam slot Minda Presiden PAS, yang menyifatkan individu keluar daripada PAS sebagai tidak istiqamah dengan dasar perjuangan parti.

Katanya, tiada keperluan untuk seseorang istiqamah dengan perjuangan PAS sekiranya tidak bersetuju dengan tafsiran serta pendirian politik parti itu dalam memperjuangkan Islam.

Artikel lain: PAS perlu ‘cermin diri’ dulu sebelum tuduh orang lain tak beradab -Sheikh Umar

Beliau menjelaskan, isu politik adalah anjal dan sememangnya membuka ruang perbezaan pandangan serta tafsiran.

Tambahnya lagi, walaupun PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, ia tidak menafikan hak parti lain untuk menjadikan Islam sebagai asas politik masing-masing.

“Selamat meninggalkan PAS kepada siapa yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS.
” Tiada dosa dan pahala dalam tindakan yang harus hukumnya. Kepada yang masih kekal dalam PAS bolehlah mengkritik mana yang lemah dan perkasakan mana yang baik,” katanya.





Source link

OR

Scroll to Top