‘Tak perlu panik kalah dua kali berturut-turut’ – Kapten Liverpool

‘Tak perlu panik kalah dua kali berturut-turut’ – Kapten Liverpool


Virgil van Dijk FOTO: AFP

KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk menegaskan skuad The Reds tidak perlu panik meskipun mengalami dua kekalahan berturut-turut buat kali kedua di bawah kendalian Arne Slot selepas tumbang kepada Galatasaray.

Kecederaan yang menimpa penjaga gol utama, Alisson Becker serta penyerang baharu, Hugo Ekitike menambah kebimbangan Liverpool, namun Slot tetap mempertahankan prestasi pasukannya.

Dalam aksi Liga Juara-Juara, sepakan penalti Victor Osimhen pada separuh masa pertama sudah memadai untuk memastikan kemenangan Galatasaray.

Liverpool yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini turut kehilangan rekod kemenangan 100 peratus apabila tewas kepada Crystal Palace.

Namun, Van Dijk optimis skuad yang telah dirombak mampu kembali mempamerkan prestasi sebagai pencabar kejuaraan.

“Saya fikir kami sudah buktikan dalam banyak perlawanan musim ini, cuma belum mampu melakukannya sepanjang 90 minit penuh. Itu perkara biasa.

“Dalam bola sepak sekarang anda tidak akan diberi masa oleh dunia luar, jadi kami perlu kuat dari segi mental.

“Saya sangat yakin. Kami perlu terus bekerja dan bersatu sebagai pasukan.

“Permulaan kami musim ini baik dari segi pungutan mata. Jadi tiada sebab untuk panik, cuma perlu ada penambahbaikan,” katanya.

Sementara itu, Slot mengesahkan Alisson tidak akan diturunkan menentang Chelsea pada Sabtu ini akibat masalah otot. Ekitike turut dikeluarkan pada babak kedua selepas mengalami kecederaan di bahagian belakang kaki.

“Alisson rasa sesuatu ketika dia berlari ke belakang. Biasanya bila seorang pemain jatuh dan tidak kembali beraksi, ia petanda yang kurang baik.

“Itu yang berlaku pada Alisson. Saya yakin 99.9 peratus dia tidak akan dapat beraksi Sabtu ini,” kata Slot.

Ringkasan AI

  • KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk menegaskan skuad The Reds tidak perlu panik walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut
  • Kecederaan menimpa penjaga gol utama, Alisson Becker dan penyerang baharu, Hugo Ekitike
  • Sepakan penalti Victor Osimhen sudah cukup untuk Galatasaray menewaskan Liverpool dalam Liga Juara-Juara
  • Van Dijk optimis tentang kemampuan pasukan yang telah dirombak untuk bersaing sebagai pencabar kejuaraan
  • Alisson tidak akan diturunkan menentang Chelsea akibat masalah otot, Hugo Ekitike dikeluarkan kerana kecederaan di bahagian belakang kaki



Source link

OR

Scroll to Top