Tandukan Zamri julang KDA FC, raih tiga mata pertama

Tandukan Zamri julang KDA FC, raih tiga mata pertama


Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar turut hadir member ukan sokongan kepada para pemain. Foto MOHD IRSHAD SYAFIQ

KEDAH Darul Aman (KDA) FC membuka tirai kempen Liga A1 Semi-Pro musim ini dengan langkah kanan selepas menewaskan Machan FC 1-0 di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu pada petang Ahad.

Gol tunggal perlawanan disumbangkan ketua pasukan, Zamri Pin Ramli seawal minit kelima hasil tandukan padu selepas menerima hantaran sudut yang kemas.

Machan FC yang tidak mahu pulang hampa cuba bangkit melalui beberapa percubaan berbahaya menerusi Zarif Syamil dan Zahir Syakil namun segalanya digagalkan oleh ketangkasan penjaga gol KDA FC, Aqil Syahmi.

Babak kedua terus menyaksikan aksi saling berbalas serangan, termasuk satu percubaan Za’im Hakim dari KDA FC yang hanya sekadar menggegar palang gol lawan.

Harapan Machan untuk menyamakan kedudukan makin pudar apabila Zarif Syamil dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning, sekali gus menamatkan saingan mereka dengan 10 pemain.

KDA FC kendalian Azzmi Aziz mengekalkan kedudukan dan berjaya meraih tiga mata penuh dalam aksi pembuka, sekali gus memberikan suntikan moral untuk perlawanan seterusnya.



Source link

OR

Scroll to Top