Tang Jie-Ee Wei sekat juara Terbuka Malaysia di India

Tang Jie-Ee Wei sekat juara Terbuka Malaysia di India


Ee Wei (kiri) dan Tang Jie akan berdepan pasangan Thailand dalam saingan suku akhir Terbuka India di New Delhi pada Jumaat. – Foto Agensi

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jei-Toh Ee Wei mengejutkan juara Terbuka Malaysia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran untuk mara ke suku akhir Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.

Mereka berstatus ketiga dunia bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menghantar pasangan Thailand itu pulang lebih awal.

Di sebalik kemenangan itu Ee Wei bagaimanapun mengakui perlu meningkatkan lagi corak permainan terutama semasa situasi mengekalkan kedudukan pada mata penting.

“Ini antara kelemahan (mata kritikal) dan perlu perbaikinya. Kami juga sentiasa belajar daripada setiap perlawanan. Perlu tenang dan bermain seperti biasa.

“Kami juga perlu tingkatkan konsistensi dalam gelanggang selain berkomunikasi sesama sendiri dan jurulatih,” ujar Ee Wei.

Pasangan utama negara itu, tumpas pada permainan pertama 19-21, namun memperagakan aksi bertenaga untuk mengesahkan kemenangan 21-12, 22-20 dalam saingan pusingan kedua di Kompleks Sukan Indira Gandhi di New Delhi.

“Kami juga percaya antara satu sama lain, sebab itu dapat bangkit,” kata Ee Wei.

Aksi suku akhir pada Jumaat, mereka bakal berdepan satu lagi gandingan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat yang menewaskan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi 21-17, 20-22, 21-17.

Sebagai rekod, Puavaranukroh-Paewsampran muncul juara Terbuka Malaysia Ahad lalu selepas menewaskan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-13, 19-21, 21-18 dalam aksi final.



Source link

OR

Scroll to Top