Tangani isu sara hidup: KKDW berjaya jimat RM250 juta, PERDA turun sewa 20% bantu peniaga

Tangani isu sara hidup: KKDW berjaya jimat RM250 juta, PERDA turun sewa 20% bantu peniaga


Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh langkah menangani tekanan kos sara hidup apabila berjaya merekodkan penjimatan sekurang-kurangnya RM250 juta tanpa menjejaskan projek pembangunan luar bandar.

Penjimatan terhasil daripada penyelarasan perbelanjaan

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan penjimatan itu terhasil daripada pelarasan perbelanjaan serta penyusunan semula program yang lebih efisien, sekali gus memastikan peruntukan pembangunan kekal terpelihara.

KKDW ambil pendekatan bantu rakyat

Dalam masa sama, KKDW turut mengambil pendekatan langsung membantu rakyat apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melaksanakan pengurangan kadar sewaan premis bermula bulan ini.

Langkah itu menyaksikan lebih 400 lot premis di bawah kendalian PERDA menikmati diskaun sewaan sehingga 20 peratus, termasuk kadar minimum serendah RM100 sebulan bagi membantu peniaga menghadapi tekanan kos operasi susulan krisis bekalan global serta ketidaktentuan ekonomi semasa.

Inisiatif berkenaan dilihat sebagai usaha serentak kerajaan dalam mengimbangi pengurusan kewangan berhemah dan bantuan terus kepada peniaga kecil serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan.

#

Susulan daripada itu, KKDW menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan melalui pendekatan perbelanjaan yang lebih berkesan, berhemat dan memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.





Source link

OR

Scroll to Top