July 23, 2024

Tauke durian rugi lebih RM200,000 terpedaya pelaburan scam

Tauke durian rugi lebih RM200,000 terpedaya pelaburan scam


BENTONG – Sorang tauke durian menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud atas talian sejak Mei lalu sehingga rugi RM204,706.03.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata,  pada 21 Mei lalu, mangsa seorang lelaki berumur 66 tahun telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi Facebook dan berminat dengan iklan Pelaburan Saham atas nama Pimco Malaysia Station W68.

“Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak 100 peratus dari jumlah pelaburan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu  mangsa telah membuat pelaburan sebanyak RM10,000 ke akaun bank yang diberikan.

Suspek berjanji kepada mangsa akan memperoleh keuntungan sebanyak RM500,000 dan dikehendaki membuat tambahan pelaburan lagi bagi menebus keuntungan yang dijanjikan.

Mangsa telah mengalami kerugian  setelah membuat enam transaksi ke lima akaun berbeza hasil dari wang simpanannya

Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak sujud dan penipuan tawaran kerja atas talian.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top