Perkongsian aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Haroqs menjadi perhatian susulan tindakannya mencampak coklat di laut.
Susulan hantarannya itu, pempengaruh media sosial Wak Doyok turut mengecam tindakan berkenaan kerana boleh mengancam ekosistem dan kehidupan laut.
BACA: “Saya Sedar Saya Manusia Yang Kurang Cerdik…” – Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut

“Dah lah tak handsome bodoh pula tu. Rosak eko sistem dalam laut bodoh. Kalau termakan gula-gula oleh sang penyu boleh mati. Kebodohan yang di tonton umum,” tulisnya.
Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan kenyataan Wak Doyok itu yang didakwa melakukan ‘face shaming’.
Kata netizen lagi, boleh saja memberikan teguran dengan menggunakan bahasa yang lebih elok kerana apa yang diperkatakan kita itu adalah cerminan diri.

Sementara itu, Wak Doyok turut membalas satu hantaran netizen dimana dia mengatakan itu hanya pandangannya dan masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
Terdahulu, Haroqs memohon maaf susulan tindakannya serta mengakui ianya kurang cerdik, namun dia hanya berharap Allah menyampaikan coklat ini ke anak anak di G.






