“Ajak Pergi Karaoke, Minta Buka Baju” – Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Dunia Hiburan

“Ajak Pergi Karaoke, Minta Buka Baju” – Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Dunia Hiburan


Pelakon Zara Zaya mendedahkan pengalaman hitam dilaluinya ketika di mula mencipta nama dalam industri seni.

Menerusi satu podcast, Zara berkata ketika menghadiri uji bakat ada indvidu cuba mengambil kesempatan terhadap diriny lebih-lebih lagi jika dia datang tanpa membawa ibunya.

BACA: Zara Zya Pernah Dihina, Diketawakan Pelakon ‘J’ Kerana Tidak Popular

“Awal zaman saya dulu ada ‘casting’, ada masa pergi sendiri tapi bila mama terus kena reject, dia ingat saya pergi shooting bawa mama saya.

“Kenapa? Sebab niat dia tak elok, kalau saya bawa mama, macam mana nak buat ‘something’ dekat saya macam mana nak ajak pergi karaoke, macam mana nak ajak ke bilik, contoh,” katanya.

Sementara itu, Zara turut mendedahkan ada yang mengajaknya ke karaoke serta ke bilik hotel dengan alasan mahu berbincang pasal kerja.

“Ada yang bagi alasan nak bincang skrip atau job, tapi ajak jumpa dekat tempat karaoke. Saya pernah pergi sebab terlalu percaya. Masa itu masih naif.

“Pernah juga seorang penerbit suruh buka baju ketika kami tinggal berdua dalam bilik karaoke. Saya terus cari jalan untuk keluar dan block dia selepas itu,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zara turut mendedahkan ada rakan artis yang mengajaknya hadir ke satu acara namun ada lelaki VIP berada di tempat berkenaan

“Saya ingatkan ada buat makan-makan ke tapi tak, memang ada yang menunggu-nunggu ni untuk masuk ke bilik-bilik.

“Saya tak nak, dia tak nak hantar saya keluar. Lama juga untuk nak tarik tali kan, orang ajak tetap kata tak nak tapi situasi tu menakutkan tau.

“Buat saya rasa eh kenapa buat macam ni eh, saya dah percaya tapi kenapa ajak buat benda-benda macam ini.

“Dia ingat saya macam dialah, sejenis yang sibuk keluar. Memang saya perlukan duit waktu tu, buat apa, benda tu tak baik lah, jatuh bangun pun masih dengan cara yang baik,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top