Pelakon dan penyanyi Datuk Yusry berkata tidak dapat menahan rindu apatah lagi isterinya, Datin Lisa Surihani kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.
Memetik Utusan Online, Yusry berkata ketiadaan isteri tercinta disisi ketika ini merupakan fasa paling berat dirasakan dalam hidupnya.
BACA: Yusry Gagal Rayuan Haji, Lisa Surihani Anggap Ada Hikmah
“Bagi saya, ini adalah fasa yang berat. Bila kita gembira dan berada di atas, tapi tak tahu dengan siapa nak dikongsikan kegembiraan itu, agak perit juga.
“Memanglah saya rindu (pada Lisa). Pada masa sama, saya mahu dia tahu yang dia sentiasa berada dalam hati saya,” katanya.
Sementara itu, Yusry berkata keadaan anak-anak dalam keadaan baik namun sudah pasti rindukan ibu mereka.
“Kebetulan ini adalah minggu untuk mereka duduki peperiksaan dan sebagainya. Jadi saya sekarang saya memantau secara sepenuh masa. Adalah beberapa perkara yang saya tak boleh buat.
“Tambahan pula, pembantu rumah baru bertukar, tak boleh seratus peratus percaya orang lain. Saya sendiri yang hantar dan ambil mereka dari sekolah,” katanya.
Sumber: Utusan Online






