Terkini: Lebih 20 kapal tidak dikenali hampiri konvoi GSF

Terkini: Lebih 20 kapal tidak dikenali hampiri konvoi GSF

Terkini: Lebih 20 kapal tidak dikenali hampiri konvoi GSF


lokman.khairi@hmetro.com.my

Sepang: Lebih 20 kapal tidak diketahui identiti dikesan menghampiri konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sekitar jam 1.20 pagi waktu Malaysia, hari ini.

GSF dalam hantaran di Instagramnya berkata, situasi ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai potensi sekatan tentera laut ke atas konvoi itu.

Menurut GSF, radar mereka mengesan lebih 20 buah kapal yang tidak dikenali itu berada kira-kira tiga batu nautika di hadapan armada flotila.

“Pada kelajuan semasa, kami akan mencapai kedudukan mereka dalam kira-kira 30 minit jika mereka tidak bergerak.

“Kami masih belum mempunyai pengesahan identiti mereka, namun situasi ini menimbulkan kebimbangan mengenai potensi sekatan tentera laut.

“Butiran lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan itu.

Kehadiran kapal yang tidak diketahui ini berlaku ketika flotila berada sekitar 13 batu nautika dari Zon Merah 2, yang dijangka dimasuki pada jam 4.38 pagi waktu Malaysia.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan tentang cubaan intimidasi dari kapal dipercayai tentera rejim Israel dan pengesanan 10 dron terbang dalam formasi mencurigakan mengelilingi ruang flotila, semalam.

“Tiada pintasan fizikal berlaku dan seluruh delegasi berada dalam keadaan selamat dan kekal berjaga-jaga,” katanya.

Misi GSF yang membawa makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza ini sudah berlayar selama 31 hari, membawa suara dunia untuk menghentikan perang serta kebuluran.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top