Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran berbentuk luahan di Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Abby menggunakan perumpaan seekor burung yang terpaksa terbang dengan hanya satu sayap.
BACA: “Abah Sentiasa Doakan Yang Terbaik…Akhirnya Sangkar Ngeri Terungkai” – Suami Abby

Namun, hantaran tersebut turut memberitahu ianya bukan berkenaan burung semata-mata sekaligus mengundang tanda tanya dikalangan netizen.
“Nanti jika aku sudah berhasil, akan ku ceritakan macam mana susahnya seekor burung terbang dengan satu sayap. Tetapi ini bukan tentang burung,” tulisnya.
Terdahulu, bekas suami kepada Marissa Dania iaitu Aslam memuat naik kata-kata yang turut dikaitkan dengan burung.
“Ada yang menilai terlerainya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang. Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang,” tulisnya.






