July 19, 2024

TFC layan Sabah tanpa Steinbruckner

TFC layan Sabah tanpa Steinbruckner



sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Biarpun Terengganu FC (TFC) bakal berdepan Sabah FC tanpa khidmat jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner, ia tidak menghalang perancangan skuad itu.

Ini kerana beliau sudah mempersiapkan pasukan dengan strategi mujarab untuk memburu kemenangan dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala FA itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.

Terdahulu bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd itu mengalami simptom Covid-19 sekali gus memaksanya berehat dengan tugasnya bakal diambil penolongnya, Badrul Afzan Razali.

“Biarpun tanpa saya akibat Covid-19, ianya tidak sesekali menjejaskan perancangan kami untuk melakar keputusan yang positif berdepan Sabah FC.

“Lagipun kami sudah mengatur strategi bagi menghadapi perlawanan penting itu sebelum aksi suku akhir kedua nanti selain beberapa pemain sudah kembali sihat.

“Apa yang saya harapkan pemain diturunkan nanti perlu sabar dan bijak mengambil peluang terutama untuk menjaringkan gol kerana keputusan itu penting bagi meningkatkan lagi motivasi mereka,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu Steinbruckner memaklumkan pertahanan importnya, Mathew Steenvoorden bakal membuat penampilan pertamanya pada musim ini manakala penyerang, Ivan Mamut terlepas peluang kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top