The City Boys mengganas, belasah Brunei DPMM 4-0

The City Boys mengganas, belasah Brunei DPMM 4-0

The City Boys mengganas, belasah Brunei DPMM 4-0


firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) kembali melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas membelasah Brunei DPMM FC 4-0 di Stadium Bolasepak KL di Cheras, malam tadi.

Skuad The City Boys meledak dua gol dalam setiap babak dengan kepala Safawi Rasid nyata amat berbisa dalam aksi itu.

Ia apabila pemain sayap itu menghadiahkan dua gol hasil tandukan masing-masing di minit ke sembilan dan 18, di mana Safawi lebih dominan meledak gol dengan rembatan kaki kirinya.

Momentum bertenaga anak didik Risto Vidakovic diteruskan pada babak kedua dengan menambah kelebihan buat tuan rumah.

Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue mencetak nama selaku penjaring di minit 60 sebelum Victor Ruiz Abril menambah luka pelawat dengan gol keempat di minit 69.

DPMM FC cuba bangkit di hujung permainan dengan beberapa peluang namun pertahanan tuan rumah ampuh bertahan.

Kelebihan besar itu kekal hingga wisel penamat sekali gus menggembirakan penyokong skuad Warga Kota.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top