“This Is Too Much, Saya Tiada Hubungan Peribadi Dengan Individu Yang Digosipkan”

“This Is Too Much, Saya Tiada Hubungan Peribadi Dengan Individu Yang Digosipkan”


Pelakon Zara Zya dilihat memuat naik kenyataan susulan dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usahawan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Zara berkata dia menyifatkan dakwaan itu keterlaluan serta menjelaskan dia tidak ada sebarang hubungan dengan usahawan itu.

BACA: Bekas Tunang Zarina Anjoulie Nafi Bercinta Dengan Zara Zya, Tak Tolak Jika Berjodoh

“Sorry to say, this is too much. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan. Hubungan kami hanyalah sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali.

“Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Zara turut berharap usahawan itu berhenti menyebarkan berita tidak benar bimbang boleh menjejaskan reputasinya.

“Saya harap dia berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga. Saya juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan macam ini,” katanya.

Terdahulu, bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan Zara.






Source link

OR

Scroll to Top