Tiada Tekanan Soal Jodoh, Daiyan Trisha Tak Letak Syarat Pada Lelaki Idaman – “Itu Semua Rahsia Allah”

Tiada Tekanan Soal Jodoh, Daiyan Trisha Tak Letak Syarat Pada Lelaki Idaman – “Itu Semua Rahsia Allah”


Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengaku dia sama sekali tidak tertekan apabila diajukan soalan mengenai jodoh meskipun sibuk dengan kariernya.

Kata Daiyan atau nama lengkapnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, keluarga termasuk ibu bapanya juga tidak pernah memberi tekanan soal isu itu memandangkan dia kini masih berstatus ‘single’.

“Tak adalah terlupa pun (cari jodoh), cuma macam saya cakap, tak ada orang beri tekanan kepada saya. Ibu bapa pun tak, dan mereka okay sangat. Kalau ada, saya okay, tiada pun okay.

“Saya rasa jodoh itu sesuatu yang saya tidak persoalkan pun. Kalau ada, saya tawakal sahaja. Tak adalah sedih sangat, tapi mungkin sebab saya sudah terbiasa hidup berdikari,”katanya ketik aditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya berjudul, Anom Suraya yang di adakan di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai golongan lelaki yang cuba mendekatinya, pelantun lagu Penat itu bagaimanapun berkata, mereka perlu bersaing dengan sistem sokongannya yang paling kuat selain, perlu memberikan tanggungjawab melebihi apa yang boleh diperolehinya.

“Ada yang datang mengurat apa semua, tapi dia bukan untuk bersaing dengan saya sahaja, sebaliknya dia kena bersaing dengan system sokongan saya yang paling kuat.

“Kita pun mungkin ada sebab kenapa Allah beri saya jodoh lambat, mungkin nak beri saya yang betul-betul terbaik.

“Kalau saya boleh beri sebanyak ini untuk diri sendiri, maka saya nak pastikan jodoh saya itu nanti dapat beri lebih daripada itu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Daiyan menegaskan dia tidak meletakkan sebarang syarat terhadap kriteria lelaki idamannya.

“Lelaki yang diidamkan? Itu semua rahsia Allah. Bila dah sampai waktunya mungkin saya akan tahu sendiri,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top