Pempengaruh media sosial dan pelakon, Nasuha Sulaiman terkilan apabila batasan yang ditetapkan sejak awal penglibatannya dalam industri lakonan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ketika berada di set penggambaran.
Menurut Nasuha, dia yang bermula sebagai pencipta kandungan sudah mempunyai imej tersendiri dan sentiasa berpegang kepada prinsip sejak awal penglibatannya dalam industri lakonan.
“Memang saya bermula dengan content creating, dan saya dah ada satu imej yang saya create. Imej itu memang diri saya yang sebenar tak ada kata nak create for whatever agenda ke apa. Itu memang saya.
“Jadi bila orang tarik saya ke dalam industri saya memang directly bagitahu dekat pengarah dan partner saya pada ketika itu yang saya nak scene paling minimum berpegang.
“Dan yang kedua, secara profesional tak contact tu antara saya denga dia.Tapi memang director saya bagitahu yang say atak nak berpegang sangat. Ada tempat saya okay sikit-sikit sebab nak tak nak susah kan untuk kita berlakon. Tapi yang lain contohnya, kita boleh pegang baju dan sebagainya,” katanya.

Akuinya, babak rangkul tersebut telah dimaklumkan secara profesional kepada pihak produksi, termasuk menetapkan had dalam lakonannya.
“Saya cakap dan beritahu di setiap set yang saya buat, termasuklah telemovie sebelum ini. Tapi, iyalah… agak menegcewakan bila request saya tu tak dihormati.
“Ada kadang-kadang tu kita buat penggambaran malam, sehingga 3-4 pagi dan saya pun tak boleh nak call manager pun. Jadi, saya menerima sahaja kekeurangan, kecaman saya terpaksa terima. Tapi, sejujurnya saya tak happy,” jelasnya.
Ketika ditanya sama ada dia melihat hasil babak tersebut sebelum ditayangkan, pelakon itu berkata dia tidak diberi peluang berbuat demikian.
“Tidak. Sebenarnya memang saya minta untuk ambil shot lain. Cuma apa yang saya boleh katakan adalah permintaan saya tidak dihormati. Saya dah beritahu spesifik saya tak nak di rangkul ketika berada dalam mesyuarat bersama produksi,” ulasnya.
Menjadikan setiap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran, pemilik nama Wan Nasuha Wan Sulaiman, 30, menyertai sebuah agensi bagi mendapatkan sokongan pasukan yang lebih kuat dalam mempertahankan prinsipnya.
“Itu memang penyebab saya masuk agensi saya cari a stronger team. Untuk team tu bawa prinsip saya sebab kalau team kita lemah orang akan ‘ambil kesempatan’. Jadi saya buat keputusan untuk masuk agensi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, teraju utama drama vertikal TV3, My Role Model itu turut berkongsi pengalaman positif apabila bekerjasama dengan sebuah produksi menerusi drama terbaharunya berjudul, Akad Tak Dipinta.
“Saya dipanggil oleh MIG dan dari awal saya sudah jelaskan limitation saya. Saya beritahu, kalau tak sesuai dengan karakter, tak mengapa kalau saya tak dapat watak itu.
“Tapi mereka tetap beri peluang dan TV3 juga menerima dengan baik. Malah penulis skrip turut menyesuaikan babak mengikut prinsip saya. Saya rasa happy gila, rasa sangat dihargai dan diterima. Saya rasa prinsip saya tu diterima,” ujarnya.






