“Tiada undang-undang halang mereka ambil alih perniagaan” -Azalina ulas Isu Rohingya

“Tiada undang-undang halang mereka ambil alih perniagaan” -Azalina ulas Isu Rohingya


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said tampil mengulas isu penglibatan masyarakat Rohingya dalam sektor perniagaan yang menjadi perdebatan ramai sejak kebelakangan ini.

Memetik laporan daripada Berita Harian, situasi yang berlaku ketika ini bukanlah disebabkan masyarakat Rohingya membuka perniagaan secara sendiri, sebaliknya terdapat penglibatan rakyat tempatan yang menjual atau menyerahkan perniagaan mereka kepada golongan tersebut.

Tiada peruntukan undang-undang menghalang

Azalina menjelaskan bahawa ketika ini tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh menghalang masyarakat Rohingya daripada membeli atau mengambil alih perniagaan milik warga tempatan sekiranya urusan itu dilakukan secara sah.

“Saya tengok isu Rohingya ni dah jadi isu besar terutama kawasan bandar. Bukan saja kita nak cakap pasal Rohingya tapi dari segi pekerja-pekerja yang datang dari luar (negara), tetapi yang menjadi masalah besar ialah apabila mereka mengambil alih perniagaan.
“Persoalan sekarang, dari segi undang undang… tiada undang-undang yang menghalang mereka untuk mengambil alih (perniagaan).
“Pada masa sama ialah soal rakyat Malaysia yang menjual perniagaan kepada mereka. (Isu) ini tidak hanya wujud secara sendiri. Maknanya ada tawaran ataupun galakan yang menyebabkan ada penglibatan (masyarakat Rohingya dalam perniagaan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kehadiran masyarakat Rohingya di negara ini termasuk yang terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Boleh dikenakan tindakan jika langgar syarat permit

Dalam masa sama, Azalina menjelaskan bahawa tindakan undang-undang hanya boleh diambil sekiranya individu terbabit melanggar syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang imigresen.

“Dia masuk ke negara kita mungkin dia tak boleh ada aktiviti selain daripada fokus (tujuan) yang dia masuk.
“Tapi kalau dia masuk ke negara kita kemudian dia berniaga, itu salah dari segi permit,” katanya.

sekadar gambar hiasan

Beliau menegaskan bahawa aspek permit dan syarat kemasukan ke negara perlu dipatuhi, dan sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Sumber: Berita Harian (Rafidah Mat Ruzki)





Source link

OR

Scroll to Top