Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, memberi amaran keras terhadap pelakon, Beego kerana tidak hadir pada prosiding percerainnya dengan Linda Hashim.
Memetik Oh Bulan, peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah berkata Hakim syarie, Fareq Azmi turut memberi amaran kepada Beego selepas tiga gagal munculkan diri.
BACA: Linda Dah Lama Move On Dengan Beego, Usaha Tukar Nama Akaun IG ‘LindaBeego’
“Ini kali ketiga dia tidak hadir dan sepanjang saya mengemudi kes ini, pihak peguam defendan tidak pernah lampirkan sebarang bukti sijil cuti sakit, sijil kematian atau sebarang alasan.
“Hakim mendengar dengan baik isu ini berkenaan ketidakhadiran dan kita mohon juga satu peringatan yang keras yang pertama daripada pihak mahkamah kepada pihak defendan.
“Kita mohon juga untuk diberikan kos atas kehadiran. Pihak hakim juga memberi satu lagi peluang dengan amaran keras kepada pihak defendan termasuk peguam agar cakna dan diwajibkan hadir pada prosiding bulan depan,” katanya.
Sementara itu, peguam mewakili Beego memaklumkan bahawa anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri berikutan kematian ahli keluarga terdekat di Johor.
Jelasnya lagi, Beego bukan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya masih dalam usaha untuk memujuk dan mencari jalan perdamaian, namun jika tiada penyelesaian akan diselesaikan secara baik.
“Buat masa ini, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik. Mungkin dalam tempoh terdekat, selepas isu taklik atau perkara lain, barulah dapat dilihat bagaimana perkembangan seterusnya.
“Perbincangan saya dengan anak guam masih belum sampai ke tahap persetujuan untuk bercerai. Dia memaklumkan hasrat untuk cuba menyelesaikan masalah secara baik antara dirinya dan Linda. Namun, sekiranya tiada jalan penyelesaian, kemungkinan perlu diselesaikan secara baik,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






