Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsikan perjalanan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar menimang cahaya mata selepas tiga tahun mencuba.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elizabeth atau lebih mesra sebagai Lizzy turut memohon doa agar dia berjaya melalui proses rawatan berkenaan.
BACA: “Dah Kahwin Pun Masih Sama” – Elizabeth Tan Dedah Amal Konsep 50-50 Sejak Bercinta
“Hari ini saya di pusat IVF. Saya rasa sudah tiba masanya selepas tiga tahun kami berusaha untuk dapatkan zuriat. Jadi, kita bekukan telur saya,” katanya.
Sementara itu, Lizzy berkata dia mengakui gemuruh menjalani proses berkenaan namun bersyukur suaminya memberikan sokongan.
“Jangan tanya saya gementar atau tidak. Sudah tentu saya gementar, tapi prosesnya sangat mudah. Suami saya seorang yang sangat menyokong,” katanya.
Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.
