Tolak Kerajaan Perpaduan? Marzuki tampil pertahan Muhyiddin – “Beliau bertindak ikut dasar parti”

Tolak Kerajaan Perpaduan? Marzuki tampil pertahan Muhyiddin – “Beliau bertindak ikut dasar parti”


Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad tampil mempertahankan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkaitan isu tidak berbincang dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebelum menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas PRU15.

Menurut Dr Marzuki, tindakan Muhyiddin tidak salah sama sekali kerana beliau mengikut prinsip dan dasar Bersatu untuk tidak bekerjasama dengan DAP.

Marzuki tampil pertahan Muhyiddin

Marzuki tampil pertahan Muhyiddin

“Presiden bertindak mengikut dasar parti.
“Adakah Muhyiddin bertindak secara bersendirian? Tidak. Turut bersama beliau dalam sesi menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada ketika itu iailah Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
“Dasar PAS juga ialah untuk tidak bekerjasama dengan DAP,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Dalam pada itu, Marzuki berkata, keputusan menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan disifatkan langkah tepat apabila PN berjaya mencatat kemenangan besar pada PRN 2023 dengan menguasai empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis  selain hampir menawan Selangor.

Beliau turut membandingkan tindakan Bersatu dengan UMNO, sambil menyatakan bahawa UMNO yang membuat keputusan bekerjasama dengan DAP melalui Majlis Tertinggi akhirnya berdepan penolakan daripada penyokongnya sendiri.

Artikel lain: Wan Fayhsal dakwa Muhyiddin tak rujuk MT PN sebelum tolak cadangan Kerajaan Perpaduan

Marzuki tampil pertahan Muhyiddin

“(Manakala) Bersatu tidak bincang dalam MPT keputusan menolak kerjasama dengan DAP. Kesannya, penyokong Bersatu kekal menyokong Bersatu. Malah, penyokong Umno beralih arah menyokong Bersatu,” katanya.

Marzuki menyifatkan keputusan dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai satu ‘ijtihad politik yang tepat’, sambil menyindir segelintir ahli parti yang dilihat terlalu ghairah untuk kembali menjadi kerajaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Muhyiddin tidak merujuk atau berbincang dengan Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) sebelum menolak cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, keputusan itu dibuat secara segera oleh Muhyiddin ketika menghadap baginda di Istana Negara pada 22 November 2022, tanpa sebarang perbincangan dalaman bersama pimpinan PN.

Sumber: Facebook @Marzuki Mohamad 





Source link

OR

Scroll to Top