July 27, 2024

Tosin Adarabioyo sah milik Chelsea

Tosin Adarabioyo sah milik Chelsea


LONDON – Chelsea  mengesahkan kehadiran tonggak kelahiran England, Tosin Adarabioyo yang menandatangani kontrak secara percuma kelmarin.

Adarabioyo yang berusia 27 tahun akan menjadi pengganti Thiago Silva selepas selepas bersetuju dengan terma yang ditetapkan dalam kontrak tawaran Chelsea.

Dia menandatangi kontrak untuk tempoh empat tahun sekali gus melengkapkan perpindahan daripada kelab seteru London, Fulham.

Adarabioyo yang merupakan bekas pemain remaja Manchester City mengakui gembira apabila dapat menyarung jersi salah satu kelab terbaik di England dan harap mampu beri sumbangan yang diharapkan pada kempen musim depan.

“Chelsea adalah kelab yang besar dan sudah tentu saya gembira untuk mewakili kelab ini. Stamford Bridge juga adalah lokasi yang istimewa dalam hidup saya kerana saya membuat debut profesional di sana ketika mewakili CIty.

“Harapan saya cukup besar untuk menawarkan sesuatu yang berbeza buat pasukan khususnya di benteng pertahanan. Antara kelebihan yang saya miliki adalah corak permainan keras selain mentaliti kepimpinan untuk memacu pasukan melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengarah sukan The Blues, Paul Winstanley dan Laurence Stewart dalam satu kenyataan mengakui pihak kelab sangat gembira dapat meyakinkan Adarabioyo untuk ke Stamford Bridge meskipun mendapat tentangan sengit daripada kelab pencabar lain.

Sebelum ini skuad The Blues terdesak untuk mencari pemain pertahanan baharu selepas tonggak berpengalaman dari Brazil, Silva membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dan berhijrah secara percuma ke pasukan Fluminense. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top