June 13, 2024

Harimau Malaya perlu menang besar malam esok – Pan Gon


KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu melunaskan tanggungjawabnya untuk meraih kemenangan besar di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok malam menjelang pertemuan terakhir kumpulan D membabitkan Malaysia menentang Chinese Taipei.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu meletakkan sepenuh harapan kepada anak-anak buahnya untuk mencari sejumlah jaringan maksimum untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga kelayakan itu.

Kim Pan-gon turut berkongsi bahawa persiapan pasukan berada di tahap terbaik meskipun mengakui sedang menerima tekanan dan sentiasa berpaksikan kepada realiti sebenar.

Dalam masa sama, dia turut menjangkakan pasukan Oman mampu mencipta kemenangan besar berdepan Republik Kyrgyz yang akan berlangsung sejam selepas tamat perlawanan Malaysia.



Source link

OR

Scroll to Top