Trump bakal serah trofi Piala Dunia, kata Infantino

Trump bakal serah trofi Piala Dunia, kata Infantino

Trump bakal serah trofi Piala Dunia, kata Infantino


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka memainkan peranan utama dengan menyerahkan trofi Piala Dunia kepada pasukan juara pada final 20 Julai ini (3 pagi waktu Malaysia) di Stadium New York New Jersey, menurut Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Infantino berkata, beliau dan Trump telah membina hubungan rapat menjelang kejohanan tersebut, sekali gus membuka laluan kepada penglibatan istimewa pemimpin berkenaan dalam upacara kemuncak final.

“Kami akan bersama Presiden AS menikmati perlawanan akhir dan menyerahkan trofi kepada juara, sudah tentu,” kata Infantino dalam wawancara bersama Fox and Friends.

Apabila ditanya sama ada kedua-duanya akan sama-sama berada di pentas penyerahan trofi, Infantino menjawab: “Sudah tentu, kami sentiasa bersama.”

Pada 20 Jun lalu, Trump tidak hadir pada perlawanan pembukaan Piala Dunia di laman sendiri sebaliknya diwakili oleh Setiausaha Negara, Marco Rubio.

Trump sebelum ini turut melakukan perkara sama ketika final Piala Dunia Kelab di AS yang menyaksikan Chelsea menewaskan Paris Saint-Germain.

Dalam aksi tersebut, Trump kekal berada di pentas kemenangan selepas menyerahkan trofi kepada kapten Chelsea, Reece James sebelum situasi itu mencuri perhatian ramai.



Source link

OR

Scroll to Top