Wood meledak hatrik di City Ground. Foto Agensi
NOTTINGHAM Forest melakar kemenangan terbesar musim ini apabila membelasah Brighton, 7-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium City Ground pada Sabtu.
Pemain kelahiran New Zealand, Chris Wood meledak hatrik minit ke-32, 64 diikuti penalti minit ke-69 untuk mata ke-47 liga selepas mengharungi 24 perlawanan.
Forest kendalian Nuno Espírito Santo merobek awal gawang anak buah Fabian Hurzeler seawal minit ke-12 hasil jaringan pemain pertahanan, Lewis Dunk.
Morgan Gibbs-White kemudian melebarkan pendahuluan pada minit ke-25 untuk memimpin separuh masa pertama tiga gol tanpa balas.
Separuh masa kedua, Forest meningkatkan tekanan menyaksikan dua lagi gol dijelmakan di City Ground menerusi Neco Williams (m-89) sebelum pemain gantian Jota Silva melengkapkan kemenangan besar tuan rumah minit ke-91.
Sebagai rekod ini merupakan kemenangan liga terbesar Forest dalam mana-mana divisyen sejak menewaskan Chelsea 7-0 di City Ground pada April 1991.
Ini juga merupakan kekalahan liga terburuk Brighton sejak kekalahan 0-9 di Middlesbrough pada hari pembukaan Divisyen Dua 1958/59.