Tular Video Menyanyi Atas Kerusi Roda, Netizen Kagum Dengan Ayda Jebat

Tular Video Menyanyi Atas Kerusi Roda, Netizen Kagum Dengan Ayda Jebat


Penyanyi Ayda Jebat menjadi perhatian ramai apabila tular videonya menyanyi di atas kerusi roda ketika acara Celebfest di Singapura.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok itu, Ayda dilihat menyanyikan lagu Pencuri Hati di atas pentas namun tetap menghiburkan peminat.

BACA: Jahitan Czer Terbuka & Bernanah, Mohon Doa Buat Ayda Jebat

Diruangan komen rata-rata netizen kagum dengan Ayda yang tetap hadir untuk membuat persembahan meskipun dalam keadaan kurang sihat.

Sementara itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan keadan Ayda serta mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh.

Terdahulu, suaminya, Nabil Mahir berkongsikan isterinya dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.

Menurut Nabil, luka jahitan Ayda terbuka selepas sebulan bersalin. Walaupun pada awalnya doktor tidak menyarankan jahitan tambahan kerana luka semakin pulih namun Ayda memilih untuk menjalani prosedur tersebut demi melunaskan janjinya untuk bertemu peminat.






Source link

OR

Scroll to Top