September 8, 2024

Tun M seorang sahaja paling cekap di dunia ini? – Saifuddin

Tun M seorang sahaja paling cekap di dunia ini? – Saifuddin


KUALA LUMPUR – “Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad seorang sahaja yang paling cekap di dunia ini?”

Demikian persoalan sinis Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai bekas Perdana Menteri yang telah mengkritik Jemaah Menteri di kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang cekap dalam pentadbiran dan tiada pengalaman.

Setiausaha Agung PKR itu juga secara berseloroh berkata, beliau bersetuju sepenuhnya kepada dakwaan bekas Ahli Parlimen Langkawi.

“Saya setuju sebab yang paling cekap dalam dunia ini adalah cuma Dr Mahathir seorang sahaja. Saya setuju sepenuhnya,” katanya sinis pada sidang media di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara PDRM (Respa).

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Presiden Respa, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, anggota kerajaan diterajui Anwar tidak dapat menterjemah populariti ke arah arah membentuk pentadbiran kerajaan yang padu dan berkesan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top