July 19, 2024

UMNO perlu kenal pasti calon PRU dari sekarang

UMNO perlu kenal pasti calon PRU dari sekarang


UnARAU – UMNO perlu mengenal pasti pemimpin yang boleh diangkat sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dari sekarang, supaya mereka boleh mula menabur khidmat bakti dan mengenali pengundi di kawasan masing-masing, dengan lebih baik.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini boleh menjadi kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat.

“Pemimpin UMNO di peringkat negeri akan mengenal pasti dan kita akan pantau mereka, kena buat kerja dari sekarang, jadi boleh tengok, dapat maklum balas rakyat suka, jalanlah…tapi kena persetujuan daripada presiden (UMNO) jugalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO di kawasan yang tidak dimenangi parti itu, supaya menggunakan kaedah berbeza dalam menyampaikan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.

“Kita kena belajar melihat kedudukan kita bukan wakil rakyat (di sesuatu kawasan itu), jadi kalau kita nak meneruskan khidmat, kita kena buat dengan cara yang berbeza,” katanya. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top