May 18, 2024

UMNO terus jadi parti sandaran rakyat Sabah – Zahid


KUALA LUMPUR – UMNO akan terus jadi parti sandaran rakyat untuk memajukan negeri Sabah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ujian demi ujian ditempuhi bersama sebagai keluarga besar UMNO Sabah dengan sabar dan penuh istiqomah.

“Namun, usaha mesti diteruskan dan yakinlah ianya pasti akan mengangkat darjat kita agar kembali gemilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Putatan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Putatan, Sabah malam tadi.

“Atas kapasiti saya sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), saya juga menyebut komitmen saya untuk memastikan keberkesanan setiap usaha pembangunan memberikan impak dan keberhasilan kepada Sabah dan rakyatnya.

“Saya juga akan memastikan anak-anak Sabah untuk turut terlibat dengan TVET agar mereka dilengkapkan dengan kemahiran agar mereka mampu berdikari dan masuk ke dalam pasaran kerja berkualiti sekaligus menjana ekonomi negeri.

“Marilah bersama-sama kita berjuang agar memastikan UMNO terus relevan di negeri bertuah ini. Saya amat optimis rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada kita semula,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top