UMNO tidak boleh berpecah – Johari

UMNO tidak boleh berpecah – Johari


khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata parti itu tidak boleh berpecah sebaliknya perlu menjunjung kesepaduan dalam mendepani cabaran yang bakal datang.

“Kita semua kena bersatu untuk berdepan dengan cabaran yang akan datang, bukan sahaja dalam negara, tapi juga luar negara.

“Disebabkan itu, dalam apa sahaja perbezaan politik kita dengan mana-mana parti politik, kita mesti menyusun dan menyesuaikan diri.

“Ia untuk memastikan bahawa negara ini terus mempunyai kestabilan politik yang baik, bagus dan kita sama-sama boleh mendapat manfaat daripada perkembangan ekonomi yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).

Dalam pada itu Johari berkata, UMNO perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) untuk mengukur sama ada pengundi Melayu semakin dekat dengan parti itu selepas menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Kalau nak cakap dekat atau tak dekat (pengundi Melayu dengan UMNO), kita tunggu pilihan raya. Kalau kita tengok di Sabah, kita bertanding 45 kerusi tetapi kita menang enam dan Pakatan Harapan menang satu,” katanya.

Begitu juga dalam halnya dalam pengukuran kekuatan parti yang menurut Johari perlu dinilai berdasarkan keadaan semasa.

“Di Sabah sendiri pun kena tubuhkan kerajaan negeri secara bersama. Tak ada yang mutlak macam dahulu. Disebabkan itu kita kena terima hakikat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top