Unboxing Kereta Elektrik Pertama, Rezeki Dahlia Rizal & Imran Aqil Bertambah Murah Selepas Kahwin – Hijabista

Unboxing Kereta Elektrik Pertama, Rezeki Dahlia Rizal & Imran Aqil Bertambah Murah Selepas Kahwin – Hijabista

Pengacara dan personaliti TV3, Dayah Bakar mengakui bahawa bulan Ogos merupakan bulan yang paling istimewa bagi dirinya dan juga anak lelaki sulungnya, Achbar Muhammad Fahri.

Ini berikutan, bulan Ogos merupakan bulan kelahiran anak sulungnya itu dan merupakan bulan sama Dayah mengetahui bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua mereka. Sekaligus membuatkan Fahri bakal menjadi abang.

Ogos Bulan Istimewa!

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Dayah sendiri menerusi safu muatnaik hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi rakaman video berkenaan dapat disaksikan Dayah yang membuat kejutan kepada suaminya, Muhammad Hanif Hamidi dengan mengadakan satu ‘game’ yang membawa kepada kejutan mengenai berita gembira berkenaan.

Ketika ditemui Hijabista dalam sebuah majljs di Ibu Kota Dayah mendedahkan bahawa, usia kandungannya kini telah mencecah pada trimester kedua dan berharap agar segala urusan bersalin cahaya mata keduanya akan dipermudahkan kelak.

“August is a special month for me and Fahri .Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah, Fahri will soon jadi baby abang.

“In my 2nd trimester now! Alhamdulillah

“Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both ibu and baby, dan kemudahan bersalin kelak, and this means the world to us, more than anything else,” kongsinya teruja.

Artikel berkaitan: Baru ‘Launch’ Hari Ini, Dayah Bakar Teruja ‘Jarak’ Dapat Sambutan Positif! Cadang Lancar ‘Single’ Ketiga

Menerusi hantaran sama, Dayah turut berterima kasih kepada wargamaya yang mendoakan kesejahteraan dirinya serta bayi dalam kandungan, dan berharap agar mereka yang menantikan kehadiran cahaya mata akan dikurniakan perkara sama.

“Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua.

“Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insya-Allah,” tulisnya.

Sekadar info, Dayah mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada Jun 2018 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Artikel berkaitan: Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dayah Bakar Kekal Fit Sepanjang Masa

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top