Unit kondominium di Mont Kiara terbakar, babitkan seorang mangsa

Unit kondominium di Mont Kiara terbakar, babitkan seorang mangsa


Kuala Lumpur: Sebuah unit rumah di tingkat 27 sebuah kondominium dekat sini, terbakar dalam kejadian malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.46 malam yang dipercayai turut membabitkan seorang mangsa.

“Setakat ini api sudah berjaya dikawal dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hartamas dengan bantuan BBP Sentul, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail dan Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top