“Untuk Arwah-Arwah & Bakal Arwah, Tak payah Berkira Hal Nafkah Anak-Anak” 

“Untuk Arwah-Arwah & Bakal Arwah, Tak payah Berkira Hal Nafkah Anak-Anak” 


Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai lelaki yang tidak menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak-anak selepas bercerai.

Menerusi satu hantaran di Threads, Rita berkata sudah menjadi tanggungjawab bapa untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan perkara itu boleh diselesaikan tanpa perlu naik turun mahkamah.

BACA: “Jangan Bagi Lelaki Culas Nafkah Nikah Lain Selagi Hutang Tak Setel” 

“Untuk ‘arwah-arwah dan bakal arwah’, tak perlu berkira soal nafkah anak-anak. Tak kiralah bekas isteri itu berduit atau tidak, semua itu tanggungjawab kau.

“Tak perlu sampai naik mahkamah untuk tuntut nafkah anak sendiri patut brsyukur dan berterima kasih bila bekas isteri ni jaga anak tu dengan baik tanpa kau,” katanya.

Sementara itu, Rita berkata ada dikalangan lelaki yang mempunyai duit untuk berkahwin lain namun berkira untuk membayar nafkah anak-anak dari perkahwinan terdahulu.

“Nak kahwin lain ada duit, nak bagi dekat anak merentan pula sampai kena guna mahkamah. Bila panggil ‘arwah’ marah, habis itu? Panggil ‘sampah’ nak?… Bagi yang tiada kena-mengena, tak perlu terasa,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top