Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia dan suaminya, Raja Syahiran memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi sehingga hari kelahiran kelak.
Memetik mStar Online, Uyaina berkata dia dijangka bersalin anak ketiga dalam tempoh dua minggu lagi dan tidak membuka dokumen pemeriksaan jantina bayi kandungannya.
BACA: Uyaina Mengidam Emas, Sanggup Ke Kuala Pilah, Tak Sangka Murah
“Kalau ikutkan tinggal lagi dua minggu untuk melahirkan cahaya mata ketiga. Alhamdulillah setakat ini sihat, cuma bila dah masuk fasa trimester ketiga memang penat tak boleh bawa bincang.
“Saya memang tak tahu jantina bayi walaupun dah nak bersalin. Dokumen yang doktor bagi pun saya tak buka. Biarlah saya dan suami rasa kejutan bila melahirkan nanti. Tapi nama sudah ada,” katanya.
Sementara itu, Uyaina turut berkongsikan pengalaman mengidam dimana pada peringkat awal dia hanya teringin masakan Melayu kemudian berubah kepada barangan kemas.
Menurutnya lagi, suaminya sentiasa menyokong kemahuannya serta sanggup memberikan kad kredit untuk membeli emas dimahukan.
“Mengidam emas tu memang betul, pada awalnya cuma mengidam nak makan lauk Melayu saja. Tapi tiba-tiba rasa macam tak makan pun tak apa asalkan dapat emas. Berpada-pada juga berbelanja ikut kesedaran dan kewarasan.
“Suami bagi kad kredit, saya pergi satu Kuala Pilah cari emas. Memang murah rupanya emas disana,” katanya.
Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Sumber: mStar Online






