Van Dijk beri petanda tentang Liverpool

Van Dijk beri petanda tentang Liverpool


KAPTEN Liverpool, Virgil Van Dijk menambahkan lagi spekulasi perpindahan apabila memberi bayangan bahawa masih ada sesuatu yang bakal berlaku dalam jendela perpindahan musim panas ini, ketika desas-desus semakin kencang mengenai potensi pembelian penyerang sensasi Newcastle United, Alexander Isak.

Setakat ini, The Reds sudah pun melalui jendela perpindahan yang sibuk dengan perbelanjaan hampir £300 juta (RM1.7 bilion), termasuk membawa masuk bintang muda sensasi Bayer Leverkusen, Florian Wirtz serta rakan sepasukannya, Jeremie Frimpong.

Turut menyertai pasukan ialah Milos Kerkez dari Bournemouth dan penyerang muda Perancis, Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt.

Kini, juara Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sedang mengintai peluang untuk membawa masuk penyerang Sweden, Isak, yang difahamkan tidak lagi gembira di St James’ Park.

“Kita tengok apa akan berlaku sepanjang baki jendela perpindahan ini.

“Saya rasa pemain-pemain yang dibawa masuk setakat ini sangat berkualiti dan mampu memberikan sumbangan besar kepada pasukan,” katanya.

Kenyataan Van Dijk itu dijangka menambahkan lagi tekanan terhadap Newcastle yang sedang berusaha mengekalkan Isak di kelab tersebut.

Pemain pertahanan veteran itu turut memberikan pujian terhadap kemasukan pemain-pemain baharu yang menurutnya telah menyesuaikan diri dengan baik bersama skuad sedia ada.

“Bagi saya, penting untuk melihat bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan kumpulan ini dan setakat ini semuanya nampak berjalan lancar.

“Kita ada Armin, penjaga gol muda yang saya sendiri tak tahu datang dari mana, tetapi dia pun sudah menyesuaikan diri dengan baik. Kemudian ada Freddie, Giorgi, Flo (Florian Wirtz), Jeremie dan Hugo yang baru sampai hari ini.

“Semuanya kena kerja keras, kita semua berada dalam pasukan ini bersama-sama dan itu yang paling penting,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top