Wanita Berimej ‘Chinese Look’ Jadi Pilihan Fazley Yaakob – “Saya Suka Fair Skin, Chubby Sikit, Kurus Sangat Tak Ada Apa Nak Peluk”

Wanita Berimej ‘Chinese Look’ Jadi Pilihan Fazley Yaakob – “Saya Suka Fair Skin, Chubby Sikit, Kurus Sangat Tak Ada Apa Nak Peluk”


Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob secara terbuka mengakui tertarik untuk berkenalan dengan wanita berbangsa Cina atau memiliki paras rupa sedemikian.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley atau nama penuhnya Datuk Fazley Yaakob berkata, dia cenderung kepada wanita berkulit cerah, sedikit berisi serta mementingkan kebersihan diri.

“Hari itu saya ada menyebut tentang kecenderungan untuk berkenalan dengan wanita berbangsa Cina atau yang berimej ‘Chinese look’.

“Sebenarnya, saya memang meminati wanita berkulit cerah, berisi sedikit kerana bagi saya, terlalu kurus tiada apa yang boleh dipeluk, selain kebersihan diri seperti ketiak juga penting,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ciapan berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dan mengakui mempunyai cita rasa sama.

Sekadar info, Fazley pernah mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz, namun pasangan itu sah bercerai sekitar penghujung tahun lalu selepas 18 tahun hidup bersama sejak 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, serta seorang anak perempuan, Alayna Selma, 7.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga 18 Tahun Terlerai… Fazley Yaakob Sah Bercerai, Bekas Isteri Tamat Jalani Tempoh Idah



Source link

OR

Scroll to Top