July 27, 2024

Wanita maut, dua cedera kereta langgar penghadang jalan

Wanita maut, dua cedera kereta langgar penghadang jalan


Sibu: Wanita maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang dinaiki melanggar penghadang jalan di Jalan Kelupu-Julau-Durin (KJD), di sini, dua kilometer (km) menuju ke arah Jejambat Julau, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, mangsa yang maut ialah Eveely Emilya Epah, 22, yang juga penumpang hadapan, manakala suami mangsa Wilson Ajut, 25, cedera tangan kiri dan seorang lagi penumpang, Linda Ujang, 19, patah kaki kiri.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.15 malam dan mengerakkan anggota ke lokasi.

“Tiba di lokasi didapati, mangsa wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pemandu keluar sendiri dari kenderaan dan penumpang belakang dikeluarkan oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dari kenderaan yang remuk sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sewaktu kenderaan dipandu Wilson sedang dalam perjalanan dari arah Betong menuju ke Song, Kapit di bahagian tengah Sarawak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top