Wanita melecur 70 peratus selepas dipercayai cuba curi kabel

Wanita melecur 70 peratus selepas dipercayai cuba curi kabel

Wanita melecur 70 peratus selepas dipercayai cuba curi kabel


am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang wanita melecur kira-kira 70 peratus selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Ria Jaya, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti mengalami kecederaan parah akibat melecur dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku ketika wanita terbabit dipercayai cuba mencuri kabel di bilik pencawang berkenaan.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal selepas mengalami kecederaan melecur kira-kira 70 peratus pada badan serta ditidurkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top