Wanna Ali Umum Hamil Anak Sulung

Wanna Ali Umum Hamil Anak Sulung

Wanna Ali Umum Hamil Anak Sulung


Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Wanna Ali berkongsikan khabar gembira bakal menimang cahaya mata pertama.

Menerusi pekrongsian di Instagram, Wanna berkongsikan usia kandungannya kini sudah mencecah enam bulan dan lagi tiga bulan bakal dilahirkan.

BACA: Suami Paling Suka Cekodok Pisang Wanna Ali 

Sementara itu, Wanna berkata masa berlalu begitu cepat namun setiap yang berlaku telah diaturkan sebaiknya oleh Allah.

Dalam hantaran itu, Wanna turut berkongsikan momen pertemuan awal bersama suaminya sehingga mereka sah bergelar suami isteri dan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Untuk rekod, Wanna mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 Februari 2025.






Source link

OR

Scroll to Top