Warga asing rugi RM519,000 akibat penipuan kontrak bekalan makanan lembu

Warga asing rugi RM519,000 akibat penipuan kontrak bekalan makanan lembu


suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua individu dipercayai menipu seorang warga asing dalam urusan pembekalan makanan lembu ke Iran menyebabkan kerugian lebih setengah juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan dibuat oleh seorang ahli perniagaan Malaysia berusia 63 tahun yang mewakili rakan kongsi perniagaannya, iaitu seorang warganegara Iran yang pelanggannya

“Pengadu membuat laporan berhubung transaksi pembekalan makanan lembu melibatkan dua individu daripada syarikat berdaftar di Malaysia yang gagal menghantar bekalan seperti dijanjikan.

“Pada Julai 2024, mangsa telah berhubung dengan syarikat milik suspek menerusi carian internet dan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 70 peratus daripada jumlah kontrak iaitu RM519,409.71 kepada akaun bank syarikat terbabit.

“Transaksi itu dilakukan menerusi emel dan WhatsApp oleh kedua suspek dalam perjanjian membekalkan 85 tan metrik makanan lembu pada harga 150,450 euro bersamaan RM742,154.81,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, pengadu percaya kedua-dua suspek berkenaan telah menipu rakan kongsinya dan melarikan wang itu.

Menurut Hoo, pengadu menyatakan urusan perjanjian dilakukan melalui rakan kongsi di Iran dan pembayaran telah dibuat namun bekalan makanan lembu gagal dihantar seperti dijanjikan.

“Hasil siasatan mendapati syarikat terbabit tidak wujud di alamat dinyatakan dan kedua-dua suspek memberikan pelbagai alasan sehingga kini gagal dihubungi sebelum tangkapan dilakukan di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, suspek terdiri daripada seorang wanita dan seorang lelaki berumur lingkungan 36 hingga 63 tahun dan tiada rekod lampau.

Hoo menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan.

“Kedua suspek akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini, selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 34 akta yang sama,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top