harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang warga emas ditahan bersama 88 karton pelbagai jenis rokok seludup yang ditemui semasa pemeriksaan ke atas kereta dipandunya berhampiran
Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Beruas, Ayer Tawar, di Perak, hari ini.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rusley Che Ari berkata, lelaki tempatan itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risik Marin (URM) sejurus tiba di lokasi pada 4 petang.
“URM menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Wish dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan menemukan sejumlah rokok pelbagai jenis tanpa cukai di bahagian tempat duduk belakang dalam keadaan terdedah.
“Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM15,139 dengan nilai cukai RM14,442 serta kenderaan bernilai RM60,000 disita bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti dari mana sumber suspek mendapatkan rokok seludup terbabit.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
© New Straits Times Press (M) Bhd