Washington, London gesa tamatkan perang di Gaza

Washington, London gesa tamatkan perang di Gaza


ISTANBUL- Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dan Setiausaha Luar United Kingdom, David Lammy berbincang mengenai situasi perang di Semenanjung Gaza menerusi satu panggilan telefon, Jumaat lepas.

Jabatan Negara AS berkata, Blinken dan Lammy “berbincang mengenai kepentingan untuk menamatkan perang di Gaza, membawa pulang semua tebusan dan meringankan penderitaan rakyat Palestin.”

Tambahnya, mereka turut bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menggunakan resolusi diplomatik bagi menangani konflik supaya membolehkan rakyat Lubnan dan Israel yang berada di Jalur Biru (sempadan de facto) kembali ke rumah dengan selamat.

Ia juga memperakui bantuan kemanusiaan semakin meningkat di Lubnan disebabkan serangan bertali arus Israel menyebabkan jutaan rakyat hilang tempat tinggal.

Blinken juga memaklumkan, Amerika Syarikat telah mengumumkan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$157 juta. -Agensi



Source link

OR

Scroll to Top