Dr Afifah Hidayah memohon mendoakan yang baik buat dirinya dalam menghadapi prosiding membabitkan pelanggaran perintah mahkamah yang didakwa bekas suaminya, Nubhan terhadapnya.
Susulan kes tersebut, ibu kepada Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainuddin memberikan sokongan buat anaknya serta mendoakan agar dilindungi daripada segala niat jahat.
BACA: “Apabila Saya Tidak Menceraikan, Dia Ingin Menuntut Harta 50-50, Sign 5 Juta”
‘Mohon doakan anakanda sy @drfietawfek kuat dengan ujian ini. Ya Allah lindungilah anakku daripada segala niat jahat, daripada pandangan yang dengki dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata..Amin Robbi Yassir,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Fie berkata dia tidak tahu punca Nubhan memfailkan komital serta berharap ada keadilan buat dirinya.






