Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan mengenai punca seseorang itu mudah jatuh miskin.
Menerusi hantaran di Threads, Opai senaraikan perkara yang boleh menjadi punca rezeki seseorang itu menjadi sempit.
BACA: Hazwani Helmi Kongsi Pengalaman Sertai Misi, Opai Persoal “Lepas Tu Kenapa Kau Pergi Lagi?”

“Antara punca senang jatuh miskin. Tidak jaga solat, keluar masjid terlalu cepat, makan atau minum sebelum mandi wajib, isteri suka marah suami, suka bogel, kerap melakukan dosa dan banyak tidur,” tulisnya.
Sementara itu, Opai berkata hantaran tersebut tiada kena mengena dengan sebarang hadis mahupun agama, sebaliknya hanya sekadar pesanan.







