September 8, 2024

Yamal pemain muda terbaik Euro 2024

Yamal pemain muda terbaik Euro 2024


PEMAIN muda berusia 17 tahun, Lamine Yamal meraih kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Euro 2024 setelah memperagakan aksi menakjubkan ketika membantu Sepanyol muncul juara awal pagi Isnin.

Kejayaan bersejarah tersebut diraih selepas skuad bimbingan Luis de La Fuente itu membenam cabaran England 2-1 dalam aksi final di Berlin.

Yamal yang baru menyambut hari lahir ke-17 pada Sabtu melakar sensasi apabila mencetak satu gol dan tiga bantuan jaringan untuk membawa negaranya mara ke pentas final.

“Sangat gembira dan tidak sabar untuk pulang ke Sepanyol dan merayakan bersama semua peminat. Ini adalah hadiah yang terbaik,” katanya.

Gol kemenangan oleh Mikel Oyarzabal pada minit ke-86 memastikan Sepanyol merangkul gelaran kejuaraan Eropah keempat mereka, satu rekod yang belum pernah dicapai mana-mana negara sebelum ini.

Sepanyol mendahului perlawanan menerusi jaringan Nico Williams pada separuh masa kedua, namun England berjaya menyamakan kedudukan hasil ledakan Cole Palmer pada minit ke-73.

“Ia adalah satu impian. Apabila keputusan seri dan ia menjadi sukar. Mereka memberi tekanan yang hebat kepada kami.

“Saya tidak tahu apa yang membuatkan pasukan ini begitu istimewa, tetapi kami sentiasa bangkit semula dan sentiasa menang,” ujar Yamal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top