“Yang Lagi Teruk Kalau Orang Buat Palatao” – Yusuf Bahrin Kunci Mulut Isu Wujud Orang Ketiga Punca Cerai Bersama Zizi Kirana

“Yang Lagi Teruk Kalau Orang Buat Palatao” – Yusuf Bahrin Kunci Mulut Isu Wujud Orang Ketiga Punca Cerai Bersama Zizi Kirana


Pelakon Yusuf Bahrin enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan mahupun isu yang dibangkitkan orang luar berkenaan wujud pihak ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Zizi Kirana.

Kata Yusuf, dia kini lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap karier dan tidak mahu sebarang gangguan.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya sekarang ini fokus dengan karier sahaja.

“Saya tak nak apa-apa distraction. Saya nak fokus dengan apa yang saya buat sekarang ni.

“Tak ada apa saya bagitahu dekat semua orang. Cuma alhamdulillah, terjaga. Itu sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengaitkan orang ketiga sebagai punca perpisahan, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, menegaskan, dia tidak mampu menghalang persepsi dan tuduhan orang ramai.

“Benda ni berbalik pada apa orang nak cakap, kita tak boleh halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kadang kita nak tegakkan benda yang betul pun orang still tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi.

“So, bagi saya benda ni tak payah layan lah. Orang akan terus bercakap. Tapi kita doakan yang baik-baik untuk mereka yang selalu bercakap ni. Kita tak benci dia orang ni, tapi kita benci dengan perbuatan yang mereka buat,” katanya lagi.

Akuinya, sikap segelintir pihak yang gemar bercakap tanpa usul periksa hanya akanmemburukkan keadaan dan menyumbang kepada budaya tidak sihat.

“Bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh jadi fitnah so kita pun jangan react. Sebab tu saya tak berapa suka untuk beri statement untuk benda-benda macam ni.

“Orang komen ni dia akan buat lagi teruk bila dia buat palatao. Dan itu sudah jadi budaya tak sihat dalam negara dunia. Suka cakap tanpa selidik,” jelasnya.

Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya yang akan ditayangkan di slot Lestray TV3 berjudul, Anom Suraya di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Yusuf turut mengingatkan agar semua pihak menjaga aib masing-masing dan tidak mudah menghakimi orang lain.

“Dan apa yang saya boleh buat adalah, saya doakan yang baik-baik. Dilindungi dari segala fitnah. Masing-masing ada aib, saya pun ada aib.

“Selama kita hidup ni kalau aib kita dibuka, seorang pun takkan kawan dengan kita. Masing-masing kena beringat. Jangan jadi seolah-olah kita ni tak ada aib dan dosa langsung. Jangan suka bercakap pasal orang,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top