Pelakon yang juga bekas suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob akhirnya tampil dengan kenyataan untuk menuntut segala hutang daripada beberapa individu.
Meskipun tidak memperincikan dengan lebih lanjut siapakah gerangan yang dimaksudkan, namun pemilik nama penuh Raden Ahmad Faizal Yaakob ini menegaskan bahawa dia memberi tempoh kepada individu berkenaan sehingga hujung bulan ini sahaja.
“Lama Raf senyap, okay nak update… Letter Of Demand (LOD) dah siap.
“Bagi pihak-pihak yang hutang saya tu bayar by end of this month,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, Raf juga mengaku dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan kepada umum siapakah individu yang dimaksudkan jika pihak tersebut gagal untuk membayar hutang miliknya.
“Mereka tak bayar, saya tepek LOD dekat sini. Kau orang semua akan tahu siapa,” katanya lagi.






