Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, tampil memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak bertindak melampau sehingga menjejaskan keselamatannya di jalan raya.
Menurut Leona, terdapat beberapa kejadian yang dianggap menakutkan apabila ada individu cuba mengejar dan mendekatinya ketika dia sedang memandu.
“Tolong jangan ikut atau kejar saya di jalan raya. Terdapat beberapa kejadian yang menakutkan dan ia membuatkan saya kecewa,” katanya.


Dalam masa sama, Leona menjelaskan, dia tidak kisah sekiranya orang ramai terserempak atau melihatnya sedang memandu, namun meminta agar keselamatan di jalan raya sentiasa diutamakan.
“Tidak mengapa jika anda kebetulan melihat saya di atas jalan raya dan ingin mengambil gambar dari jauh.
“Tetapi jangan cuba untuk memandu di sebelah saya, kemudian turunkan tingkap dan lambai. Lepastu harap saya melakukan perkara yang sama. I will not!
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menitipkan nasihat sekali gus meminta Leona untuk tidak mendedahkan nombor kenderaan miliknya selain memasang ‘tinted’ pada keretanya itu.








