Masha-Allah manisnya Aisha Retno bertudung dan berabaya dalam satu majlis ilmu anjuran selebriti terkenal, Neelofa baru-baru ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Ketipak Ketipung Raya dan Sutera ini memilih rona krim untuk tudung dan abaya.
Aisha nampak berseri-seri dan fresh dengan rona natural ini sesuai dengan kulitnya yang cerah.

Pengalaman Kali Pertama
Momen-momen berharga sepanjang berada di majlis iilmu yang turut dihadiri oleh Ustaz Wadi Annuar itu dikongsi Aisha dalam satu hantaran di Instagramnya.
“Hihu try lilit lilit randomly here n there.
“Mashaallah thank you kween @neelofa for having me and the other amazing celebrity friends for this amazing usrah with Ustaz @ustazwadiannuar”


Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25. ini merupakan pengalaman kali pertama dia menghadiri majlis usrah bersama rakan-rakan selebriti lain. Pengalaman itu mencetuskan rasa teruja bagi Aisha.
BACA JUGA: “Cantiknya Mimi Bertudung” Penampilan MIMI LANA Di Majlis Ilmu Raih Pujian & Doa
Bukan sahaja memperoleh ilmu yang bermanfaat bahkan dapat bertemu dan belajar ilmu agama bersama rakan-rakan selebriti yang lain seperti Mira Filzah, Izara Aishah, Anira Othman, Zizi Kirana, dan Wany Hasrita.

“My first usrah ever hehe, and what a reunion also dapat jumpa all the amazing gorg friends in town.”
Aisha turut berharap agar dirinya termasuk para pengikut serta peminatnya memperoleh keberkatan sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.
“Semoga kita semua dapat keberkatan dan manfaat yang tebal dan tinggi sebelum menjejaki bulan puasa yang mulia kelak sebentar saja lagi.
“What a pencerahan and ilmu i’ve learned yesterday. Bismillah to more.”
Penampilan Raih Pujian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat memuji penampilan Aisha yang manis bertudung.

“MasyaAllahhhh cantiknyaaa Aisha”
“Yang perempuan tengok pun jatuh cinta ahh”
Tidak ketinggalan, ada yang mengharapkan Aisha kekal bertudung dan istiqamah. Tidak mudah melatah, Aisha memohon pengikutnya itu mendoakannya.

Semoga suatu hari nanti Aisha terbuka hati untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
The post “Yang Perempuan Tengok Pun Jatuh Cinta” Pertama Kali Hadiri Usrah, Penampilan Bertudung AISHA RETNO Tuai Pujian appeared first on Hijabista.